Bijirin Masakan Zaman Pertengahan

Seorang tukang roti yang tertangkap ketika menipu pelanggannya dihukum dengan cara diseret di jalan bandar di atas sebuah kereta luncur dengan roti bukti penipuannya terkalung di lehernya.

Dalam tempoh antara s. tahun 500 dan 1300 dijumpai suatu perubahan besar dalam pola pemakanan yang mempengaruhi sebahagian besar Eropah. Pertanian yang lebih intensif di kawasan yang terus meningkat mengakibatkan peralihan dari produk-produk haiwan, seperti daging dan susu, kepada pelbagai jenis biji-bijian dan sayuran sebagai makanan ruji sebahagian besar masyarakat.[49] Sebelum abad ke-14, roti tidaklah umum di kalangan masyarakat kelas bawah, terutama di kawasan utara di mana gandum lebih sukar untuk tumbuh. Pola pemakanan berasaskan roti secara beransur-ansur menjadi umum semasa abad ke-15 dan menggantikan makanan panas yang berasaskan bubur. Roti beragi lebih umum di daerah tempat tumbuhnya gandum di daerah selatan, sementara roti rata (flatbread) tanpa ragi yang diperbuat daripada barli, gandum hitam atau oat tetap lebih umum di kawasan utara dan dataran tinggi; roti tanpa ragi biasanya juga menjadi bekalan untuk tentera.[26]

Biji-bijian bijirin yang paling umum adalah gandum hitam, barli, sekoi, dan oat. Beras tetap satu barangan import yang cukup mahal untuk sebahagian besar tempoh zaman pertengahan, dan tumbuh di Itali bahagian utara hanya menjelang akhir tempoh tersebut. Gandum biasa dijumpai di seluruh Eropah dan dianggap sebagai yang paling bernutrisi di antara semua biji-bijian, tetapi lebih berprestij dan dengan itu lebih mahal. Tepung putih yang ditapis halus, yang paling disukai masyarakat Eropah moden, hanya diperuntukkan bagi roti untuk masyarakat kelas atasan. Turun ke kelas sosial yang lebih rendah, roti menjadi lebih kesat, lebih gelap, dan kandungan bran nya lebih banyak. Pada masa kekurangan biji-bijian atau bencana kebuluran secara langsung, biji-bijian dapat ditambah dengan pengganti yang lebih murah dan kurang diingini seperti buah berangan, kekacang kering, kering kekacang, akorn, paku-pakis, dan pelbagai yang lebih kurang berkhasiat darpada jenis sayur-sayuran.[50]

Salah satu unsur yang paling biasa dari sebuah hidangan makanan zaman pertengahan, baik sebagai sebahagian daripada suatu jamuan makan atau sebagai makanan kecil, adalah sop, potongan roti yang dicelup dalam suatu cecair seperti wain, sup, kuah, atau sos sebelum dimakan. Pemandangan biasa lain di atas meja makan zaman abad pertengahan adalah frumenty, sebuah bubur gandum pekat yang selalunya direbus dengan kuah daging dan diperisa dengan rempah-rempah. Bubur juga dibuat dari semua jenis biji-bijian dan boleh disajikan sebagai hidangan penutup, atau hidangan untuk orang sakit jika dididihkan dengan susu (atau susu badam) dan diberi gula. Pai isi daging, telur, sayur-sayuran, atau buah adalah perkara biasa di seluruh Eropah, seperti juga turnover, gorengan, donat, dan banyak kuih pastri lain yang serupa. Pada Zaman Pertengahan Akhir, biskut (kuih kering di Amerika Syarikat) dan khususnya wafer – yang dimakan sebagai hidangan penutup - telah menjadi makanan dengan prestij tinggi serta boleh didapati dalam banyak jenis. Biji-bijian, baik yang dijadikan serbuk roti atau tepung, juga adalah pemekat sup dan stu yang paling biasa, disajikan tersendiri atau digabungkan dengan susu badam.

Seorang tukang roti dengan pembantunya. Sebagaimana kelihatan pada gambar, roti bulat termasuk yang paling biasa.

Pentingnya roti sebagai makanan ruji harian membuatkan tukang roti memainkan peranan penting dalam mana-mana masyarakat abad pertengahan. Pengambilan roti yang tinggi di sebahagian besar Eropah Barat berlaku pada abad ke-14. Anggaran penggunaan roti di berbagai daerah lebih kurang: sekitar 1 - 1.5 kg roti per orang setiap hari. Di antara pelbagai kesatuan pekerja bandar, yang pertama sekali disarankan adalah kesatuan tukang roti; undang-undang dan peraturan diluluskan untuk menjaga harga roti agar tetap stabil. Statut Inggeris Assize of Bread and Ale yang dibuat tahun 1266 menyenaraikan jadual-jadual menyeluruh di mana saiz, berat, dan harga sepotong roti diatur dalam kaitannya dengan harga bijirin. Marjin keuntungan seorang tukang roti yang ditetapkan dalam jadual-jadual tersebut kemudian ditingkatkan akibat kejayaan lobi London Baker's Company dengan menambah segala macam bayaran bermula daripada kayu api dan garam sehingga anjing, rumah, dan isteri tukang roti. Disebabkan roti adalah sebuah bahagian utama daripada pola pemakanan pada abad pertengahan, penipuan oleh mereka yang dipercayai menyediakan komoditi berharga tersebut pada masyarakat dianggap sebagai suatu kesalahan serius. Tukang roti yang ditangkap memanipulasi berat (pada timbangan) atau memalsukan adunan dengan bahan yang lebih murah boleh dikenakan hukuman berat. Hal ini menimbulkan adanya "baker's dozen" (dozen tukang roti): seorang tukang roti akan memberikan 13 roti dengan harga 12 roti, sebagai seperti jaminan untuk meyakinkan pelanggan agar tidak dianggap sebagai penipu.[51]

Rujukan

WikiPedia: Masakan Zaman Pertengahan http://www.sca.org.au/cockatrice/uploads/issue21_p... http://www.kbr.be/~socboll/P-analecta2010.php http://www.godecookery.com/how2cook/howto08a.htm http://books.google.com/books?id=d1GnwwmfvC8C&pg=P... http://books.google.com/books?id=oVJU6ruH7SIC&pg=P... http://www.medievalcookery.com/ http://www.pbm.com/~lindahl/cariadoc/miscellany.ht... http://www.cs.cmu.edu/~pwp/tofi/medieval_english_a... http://people.eku.edu/resorc/Medieval_peasant_diet... http://www.engr.psu.edu/MTAH/articles/pdf/daily_br...